Welcome

Thursday, 22 November 2007

nilai nilai moral...ugh

lets see.. this is to help me memorise..hopefully it pays off. =)

  • Kepercayaan kpd Tuhan - Keyakinan bhwa wujudnya Tuhan sbg pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dgn prinsip rukun negara.
  • Amanah - Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keyakinan dan kepercayaan orang lain.
  • Harga diri - keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
  • Bertanggungjawab - Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
  • Hemah tinggi - beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
  • Toleransi - kesanggupan unuk bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
  • Berdikari - Kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
  • Kerajinan - Usaha yg berterusan penuh dengan semangat kegigihan,dedikasi,kecekalan,ketekunan dan semangat daya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
  • Kasih sayang - Perasaan kasih,sayang dan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
  • Keadilan - Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
  • Rasional - boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar.
  • Keserderhanaan - bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
  • Kasih sayang terhadap keluarga - perasaan kasih,sayang dan cinta yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga.
  • Hormat dan taat kepada anggota keluarga - memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
  • Mengekalkan tradisi kekeluargaan - menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan kepercayaan yang telah diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.
  • Tanggunjawab terhadap keluarga - Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.


wahhhh i too lazy to type already..too many to type! luckily i memorised bidang 6 and 7 just now...so now i got 3 more bidang to memorise! wish me luck...or a miracle. hehe I dun get why we have to memorise word for word. plain useless...while we are doing good deeds must we think what word we should use? good deeds come from the heart. not the book. We are doing unmorally things by sitting for this paper cause we'd be lying through out the whole paper!!!


violetcraze~




Post a Comment